assalamualaikum.
hati rasa kosong.
saya mengintai ke dalam.
mencari jika masih ada rasa yang bersisa.
namun tiada.
hati sudah malap.
api kasih sayang itu sudah padam - mungkin.
saya senyum pada hati.
biar lah ia kosong begini.
mungkin ini yang terbaik.
hati yang kosong mungkin memudahkan saya berjalan ke dunia baru.
dunia yang sekian lama telah saya dambakan.
namun, tidak berani melangkah.
kerana kejahilan masih bermaharajalela.
kerana banyak perkara dunia yang menyekat perjalanan saya.
kini hati sudah kosong.
saya semakin berani melangkah.
mencari kebenaran untuk meyuluh hati yang kosong.
saat-saat begini, saya amat merindui usrah serta majlis-majlis ilmu.
saya butuh ilmu itu buat bekalan di perjalanan.
iman saya masih nipis.
keyakinan masih rapuh.
bimbang sungguh kalau-kalau tersasar lagi.
Ya Allah.
bantulah hambaMu ini melangkah ke jalan yang baru.
bimbinglah aku dalam penghijrahan ini ya Allah.
Teguhkanlah hatiku.
Tetapkanlah hati aku dalam perjalanan mencari redha-Mu ya Allah.
Permudahkanlah jalanku ya Allah.
dan berkatilah usahaku ini ya Allah.
amin ya Rabbal 'alamin..
No comments:
Post a Comment