assalamualaikum.
hati dalam dilema.
entah lah.
bukan senang kan nak buat sesuatu keputusan?
setiap langkah yang diambil pasti ada pro dan kontra nya.
sekarang saya tengah berfikir tentang penghijrahan yang ingin saya lakukan.
ya, sedikit demi sedikit saya sedang belajar.
namun dilema saya adalah tentang insan itu.
haruskah dibawa bersama atau ditinggalkan keseorangan?
kalau ditinggalkan keseorangan, tidakkah saya ini dianggap selfish?
mengatur langkah ke arah cahaya keseorangan.
sedang meninggalkan yang menyayangi saya dalam kegelapan.
bukan kah ilmu itu untuk dikongsi bersama?
dan Allah juga ada menyuruh manusia untuk berpesan-pesan ke arah kebenaran.
namun, jika diajak mahukah dia menuruti saya?
mahukah dia bersama-sama pada jalan ini?
jalan hijrah ini bukan mudah.
saya sedar itu.
jalan hijrah ini menuntut komitmen dan dedikasi yang tinggi.
jalan hijrah ini memerlukan hati yang kuat dan pendirian yang teguh.
jalan hijrah ini juga memaknakan ucapan selamat tinggal untuk banyak perkara duniawi yang selama ini menjadi hiburan hati.
susah bukan?
oleh kerana itu, saya takut untuk mengajaknya bersama-sama saya.
saya tidak taw bagaimana caranya.
saya sendiri masih sedikit ilmu di dada.
bagaimana mahu mengajak dan membimbing orang lain pula?
entah lah.
saat ini, saya benar-benar buntu.
saya harap dilemma ini tidak akan berlarutan.
bimbang ianya melambatkan langkah saya menuju ke dunia baru.
semoga Allah mempermudahkan segalanya buat saya.
Rabbi yassir wala tua'assir, ya kareem.
No comments:
Post a Comment