Thursday, February 10, 2011

kembali.

assalamualaikum.

lama sudah tidak menjengah ke taman hati ini.
taman yang membenarkan saya menjadi diri sendiri.
taman yang sepi dari pengunjung.
taman yang cuma ditempati
oleh saya.
dan Dia.

saya ingin kembali aktif di sini.
coret segala isi hati.
setulusnya.
tanpa rasa kekok.
atau bermuka-muka.

biar di sini jadi medan
untuk saya muhasabah kembali
jiwa yang masih kotor ini.

saya pasti akan kembali lagi..
insya-Allah.

Wednesday, December 1, 2010

muhasabah hati.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

hari ni saya nak menulis kepada diri sendiri.
ingin mengajak diri muhasabah balik
letak duduk iman dalam hati.

ke hadapan hati,
kenapa rasa begini? kenapa rasa jauh begini? kenapa rasa rapuh begini? kenapa rasa lemah begini?

ke sini. dekat lah ke mari.
ingin ku khabar kan asbab nya padamu.

hati,
renung balik apa yang ada dalam hati mu.
ego mu melangit tinggi.
selalu merasakan kamu lah yang terbaik.
selalu merasakan kamu lah yang paling bagus.
selalu merasakan kamu lah yang paling solehah.
selau merasakan kamu sahaja yang betul.
selalu merasakan ilmu mu itu yang paling banyak.
selalu merasakan kamu memberi yang paling banyak.
tidak pernah kamu melihat kepada kelebihan orang lain.
tidak pernah kamu mendengar pada ucapan yang lain.
tidak pernah mahu kamu merendah diri mengakui kelemahan
dan ketidak tahuan.
terbaik. memang terbaik sekali sikap mu hati.
inikah sifat seorang mujahidah?
kenapa harus menyebut tentang mujahidah,
sedangkan sikap sebegini layaknya tidak menjadi muslimah juga.

astaghfirullah hal azim.

ego itu,
yang membenteng hati ni.
menghijab hati dari merasa nikmat dekat padaNya.

rendah kan ego itu.
tidak akan kurang walau sepicing pun haraga dirimu bilamana kamu merendah diri.

itu baru soal ego,
belum disebut lagi soal ikhlas.
sungguh, ikhlas itu payah.
bibir saja yang menyebut melakukan semuanya kera Allah.
tapi kata hati tidak pernah selari dengan ucapan bibir.
tengahtengah elok buat tu,
hati mesti saja nak mengungkit.
hati mesti saja nak rasa tak senang, nak rasa tak puas hati.
Ya Allah, buruk sungguh sikapnya.
memang tiada wajah hati seorang muslimah langsung.
T____________________T

habis ikhlas, isu riak dan ujub pula.
ini meman satu hal yang besar.
bajet rasa diri best sangat la tu.
sebab tu rasa ujub dan takbur.
dan sebab itu jugak ada rasa ego yang menggunung tuh.
dari ego yang menggunung, muncullah segala mazmumah yang merosak hati.

astaghfirullah hal azim.
rosak sudah rupanya hati ku ini.
pantas saja merasa terhijab daripada tenang barakahNya.


hurm, nak kena bersih kan hati da ni.
bersih sampai suci.
mop biar licin berkilat.
yang burukburuk tadi buang jauhjauh.
hias hati dengan sifatsifat islamiyyah yang indah.
biar ketengan kembali menggamit jiwa.

jangan tulis saja, AMALKAN!


Tuesday, October 12, 2010

dalam hati ada cinta.

asslamualaikum.

Seindah takdir Yang Maha Kuasa
Setiap manusia cuma punya satu hati
untuk menempati satu rasa yang istimewa
rasa CINTA.

bilamana manusia cuma ada satu hati untuk ditempati
mana mungkin rasa itu terbahagi dua
lalu
tumpahkanlah ke dalamnya
rasa cinta buat Yang Esa.
bilamana hati sudah terpaut padaNya
cinta insani bukan lagi menjadi prioriti.
hidup cuma semata-mata keranaNya.
hati tegar menagih keredhaanNya.

namun Yang Maha Adil tahu semuanya
lantas cinta yang sejati akan mengekori.

...

Duhai insan yang bernama hawa
usah dilayan jiwa meronta
saat hati berduka lara
mohon diisi lohong yang ada
dengan kasih seorang jejaka
sedarlah Hawa,
itu bisikbisik syaitan semuanya!
menarik kamu untuk jauh dariNya
memimpin kamu ke lembah hina
yang cuma akan membawa derita
pada penghujung jalan cerita.

Ingatlah Hawa,
cinta itu hadiah dariNya.
cinta yang diberkati tidak akan ada maksiat di dalamnya.
dan halusnya pujuk rayu syaitan
tidak akan menampakkan kepada mu apa yang kelabu dalam perhubungan.
mungkin tampak lurus
tapi pada dasarnya bengkok.
mahukah kamu terus-terusan di jalan yang bengkok itu?
di mana pada jalannya ada murka Tuhan.
dan pada akhir jalannya ada api yang menyala.

Hawa,
pilihlah jalan yang lurus.
bahagia seketika tidak bermakna
jika derita hingga akhirnya.

Hawa,
tidak indahkah jalan yang lurus itu?
Yang mana pada jalannya ada rahmat Tuhan.
dan pada akhir jalannya ada nikmat yang tidak berkesudahan.

Friday, September 17, 2010

ampun kan aku Ya Allah.

assalamualaikum..

astaghfirullahalazim.

Ya Allah, ampuni aku atas kejahilan ku kebelangan ini.
terasa fasik dan munafik sekali diri ini.
aku meringankan yang berat.
dan memberatkan ringan.
aku menjaga apa yang patut dijaga pada pandangan manusia.
namun aku tidak peduli akan pandanganMu.
padahal Kaulah Tuhan Yang Maha Mulia.
dan pandanganMu adalah Yang Maha Agung.
ampuni aku Ya Tuhan.
aku tidak maw menjadi fasik.
dan aku mohon dijauhkan aku dari tergolong dalam kalangan munafik.
ampuni aku Ya Rabb atas kekhilafan ku ini.
aku bertekad tidak akan mengulanginya lagi.
ampunkan aku Ya Allah.
ampunkan aku Ya Allah.
ampunkan aku Ya Allah.
:'(

Monday, August 16, 2010

muslimah sejati: indah lagi solehah

assalamualaikum.

usai membaca buku 'Engkau Memang Cantik', saya beroleh sesuatu kefahaman baru untuk lebih menjiwai watak sebagai seorang muslimah. mengikut kefahaman saya, muslimah sejati adalah seorang hawa yang indah lagi solehah.

definisi indah itu bukanlah dari segi fizikal semata-mata, tetapi turut mencakupi akhlak dan peribadi wanita tersebut. namun, indah sahaja tidak cukup jika hatinya tiada beriman kepada Allah. beriman sahaja pula tidak cukup, jika dia tidak mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

seorang muslimah sejati, penampilannya dijaga. namun, sekadar sederhana. tidak dia berlebih-lebihan dalam menghias diri, sehingga membawa kepada tabarruj. namun, dalam kesederhanaan itu, insan-insan sekeliling menyenanginya kerana ada keindahan yang khusus terpalit pada wajahnya. ada nur solehah yang terpancar pada wajahnya. dan nur itu berkuasa mengindahkan paras wajahnya melebihi setiap alat kosmetik yang ada dijual di pasaran.

begitu juga dalam aspek pemakaian. auratnya terpelihara. tidak sengaja dia menampakkan auratnya kepada mana-mana ajnabi kerana bagi seorang muslimah yang sejati, kecantikan dirinya biar sahaja diketahui suami dan Ilahi. seorang muslimah yang sejati punya harga diri dan martabat yang tinggi. tidak akan sesekali dia berpakaian yang menampakkan aurat kerana dia tahu pakaian sebegitu cuma akan merendahkan martabatnya pada pandangan Allah meskipun dipandang tinggi oleh manusia. meski dalam keadaan yang tertutup, muslimah sejati masih tetap tampak anggun dalam busananya lewat setiap gerilaku dan atur langkahnya yang penuh kelembutan dan kesopanan.

muslimah sejati juga indah hatinya. tiada riak atau hasad di hatinya. segala perbuatan yang dilakukan olehnya diniatkan Lillahi ta'ala. tiada dia hidup untuk mencari pujian manusia. tiada dia hidup untuk mengejar indahnya dunia. muslimah sejati hidupnya semata untuk mencapai redha Allah demi mandapatkan syurga-Nya di akhirat nanti.

muslimah sejati haruslah solehah. ibadahnya dijaga dengan sebaik mungkin. yang wajib dikerjakan sesempurnanya. dan yang sunat diperbanyakkan semampunya. akhlaknya persis bidadari dunia. indah dipandangan mata dan mampu menyentuh hati-hati insan lain untuk mencontohinya.

itulah perwatakan muslimah sejati di pentas dunia. INDAH LAGI SOLEHAH. :)