assalamualaikum.
selamat berkunjung ke dunia baru saya.
ya, ini dunia yang saya cipta untuk diri saya sendiri.
di dunia ini, akan saya tumpahkan segala isi hati.
tak perlu berselindung kerana identiti saya tersembunyi.
di dunia ini, saya akan menjadi diri saya sendiri.
tak perlu berlakon.
tak perlu jadi hipokrit.
rumah lama saya sudah musnah.
saya sendiri yang robohkan.
untuk memenuhi tuntutan seorang insan bernama lelaki.
saya harap dia gembira saat ni.
dan saya taw.
yang dia memang puas.
itu sememangnya apa yang dia ingin kan selama ini.
tapi, dia tidak sedar
saat saya merendahkan ego tunduk pada tuntutan kehendaknya,
dia telah kehilangan sesuatu:
DIA HILANG SAYA.
ya.
hati yang sedia beku seperti ais, terasa semakin mengeras.
membatu.
hangat api kasih sayang dalam hati kian padam.
semuanya kerana dia.
terima kasih.
sungguh saya semakin membenci cinta yang batil ini.
kini saya faham.
kenapa islam mengharamkan couple sebelum nikah.
saya nampak hikmahnya.
sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana.
di sebalik setiap perintahNya ada hikmah yang tersembunyi.
cuma terpulang kepada manusia untuk mencari dan mentafsirkannya.
No comments:
Post a Comment